FAST.FRESH.FRIENDLY  
  


 
 
 
 

 
 
Selamat Datang Ke Aima Agro Farm

Palm Kernel Deoiled Meal (PKM)

Makanan dan diet yang mesra pada usus haiwan ruminan

Lembu dan kambing (haiwan ruminan) mengunyah untuk makan melibatkan 40,000 sehingga 60,000 pergerakkan rahang setiap hari. Bayangkan makanan lembu dan kambing yang keras akan melibatkan lebih banyak pergerakkan rahang haiwan tersebut. Ini secara tidak langsung menyiksa haiwan tersebut dengan makanan yang rendah kualiti dan keras.

Perut haiwan ruminan mempunyai 4 usus atau 4 bahagian, rumen, reticulum, omasum dan abomasum. Seperti gambarajah dibawah:



Palm Kernel Deoiled Meal (PKM) merupakan makanan yang lembut dan mesra pada usus-usus haiwan ruminan kerana ia diproses dengan teknik yang berlainan dengan PKC (Palm Kernel Cake yang keras).



Di antara makanan ternakan berasaskan isirong kelapa sawit yang terdapat di dalam pasaran ialah Palm Kernal Cake (PKC). Ianya dihasilkan dari proses penghasilan minyak kelapa sawit yang menggunakan kaedah pemerahan tekanan (screw pressing method) bagi menghasilkan minyak mentah kelapa sawit. Kaedah ini mengakibatkan penjanaan haba yang tinggi dan menyebabkan pengurangan kandungan protein dan khasiat. Jangkahayat PKC adalah tidak tahan lama disebabkan lebihan minyak yang teroksida yang terhasil dari proses tersebut. Selain itu, keadaan rupa bentuk PKC adalah kasar, tajam dan keras boleh menyebabkan kerosakan pada sistem pencernaan makanan haiwan ternakan.


lembu

Palm Kernel Deoiled Meal (PKM) dihasilkan teknik yang berbeza

PKM adalah merupakan satu ramuan makanan ternakan berasaskan isirong kelapa sawit yang dihasilkan khas bagi meningkatkan produktiviti ternakan. Ianya sangat berkhasiat untuk tumbesaran ternakan kerana kaya dengan nutrisi dan serat. Ternakan memerlukan makanan yang dapat menampung keperluan khasiat yang cukup dan seimbang dalam tumbesaran. Dengan itu, PKM adalah merupakan makanan yang paling sesuai bagi ternakan untuk membesar dengan baik dan mempunyai ketahan melawan penyakit.

Penghasilan PKM adalah berbeza dari PKC iaitu ianya melalui kaedah pengekstrakan larutan (solvent extraction method) yang menjamin kandungan mineral dan khasiat dalam PKM. Isirong kelapa sawit dikisar sehalus  0.3 mm, sebelum proses pengekstrakan minyak kelapa sawit berkualiti tinggi dilakukan. Kaedah ini hanya menghasilkan haba yang minimum, lantas mengekalkan kandungan nutrisi seperti protein dan menghasilkan makanan ternakan berbentuk serbuk yang halus dan lembut. Jangkahayat PKM adalah lebih lama berbanding dengan PKC.

Kelebihan PKM berbanding PKC

PERBEZAAN PKC DAN PKM

Palm Kernel Cake (PKC)

Palm Kernel Deoiled Meal (PKM)

  1. Dihasilkan dari kaedah pemerahan bertekanan bagi menghasilkan minyak mentah kelapa sawit
  1. Dihasilkan dari penggunaan kaedah pengekstrakan larutan untuk menghasilkan minyak kelapa sawit berkualiti tinggi
  1. Penjanaan haba yang tinggi
  1. Penjanaan haba yang minimum
  1. Kandungan protein yang rendah
  1. Kandungan protien yang tinggi
  1. Mempunyai lebihan minyak yang teroksida
  1. Tiada lebihan minyak teroksida
  1. Berbentuk kasar, tajam dan keras
  1. Berbentuk halus dan lembut
  1. Tidak tahan lama
  1. Tahan lebih lama

HALAL dan diiktraf oleh JAKIM

Unruk aqiqah dan qurban selain cukup umurnya dan sifat haiwan tersebut, makanan yang dimakan juga sekiranya diambil berat amatlah bersesuain dengan ibadah tersebut yang mengharap keredhaan Allah SWT.

PKM dapat menghasilkan kadar tumbesaran yang optimum dengan lebih cepat berbanding PKC. Selain itu, haiwan ternakan menjadi aktif dan cergas serta mempunyai kepadatan daging yang tinggi Hasil pencerapan menunjukkan kadar kelahiran telah meningkat dan kadar kematian kelahiran di dapati menurun. Haiwan ternakan  juga mempunyai daya tahan melawan penyakit yang tinggi. PKM juga adalah merupakan satu-satunya produk makanan ternakan yang mendapat pengesahan status HALAL dari JAKIM.



KELEBIHAN PENGGUNAAN PKM BERBANDING PKC

  1. Perbandingan Spesifikasi Kandungan PKC dan PKM

 

Analisis Spesifikasi

Peratusan Kandungan

Palm Kernel
Expeller (PKC)

Palm Kernel Deoiled Meal (PKM)

1.

Warna

Perang Gelap

Perang

2.

Tempurung (Shell)

12%

8%

3.

Protein

15.5%

16%

4.

Serat Mentah (Crude Fiber)

16%

13%

5.

Minyak Laurik (Lauric Oil)

6 – 8 %

< 3%

6.

Minyak Teroksida (Peroxide Oil)

> 2.5%

NA

  1. Perbandingan Kecekapan Penggemukan 100kg di antara PKC dan PKM

Jenis Makanan

Kecekapan

Palm Kernel Expeller (PKC)

6 kg / sehari x 120 hari

Palm Kernel Deoiled Meal (PKM)

6 kg / sehari x 60 hari

 

KESIMPULAN

Penggunaan PKM sebagai makanan utama ternakan telah terbukti dapat menggandakan pengeluaran hasil ternakan dan sekaligus menjimatkan kos pengurusan operasi serta kos makanan ternakan. Selain itu, kualiti hasil ternakan berada pada tahap yang tinggi serta mempunyai daya tahan terhadap penyakit. Oleh itu, keuntungan yang lebih tinggi dapat dijana dari penjimatan kos dan masa.


.











 
 

 
Ladang Moden& Teratur
 
 
    Copyright © Aima Agro Farm All rights reserved.