FAST.FRESH.FRIENDLY  
  






 

Anda adalah pelawat yang
 
Search Engine Optimisation
Search Engine Optimisation

 Semenjak Web Ini Di Upload Pada 14 April 2008

 
 
Projek Dengan Khidmat Nasihat



Dipasarkan Di Laman


AIMA’S BLACK GOLD + EM

 

AIMA’S BLACK GOLD DIPERKAYA DENGAN EM

PENGENALAN
            Aima’s Black Gold adalah baja organik (Fermented Goat & Cattle Manure) keluaran Aima Agro Farm dan ianya adalah 100% baja kompos yang diperkaya dengan Efektif Mikrob (EM).  EM adalah  campuran unik mikrob-mikrob berfaedah yang memecahkan molekul-molekul nutrien dalam tanah membentuk molekul yang ringkas, stabil, subur dan mudah diserap oleh tanaman. Aima’s Black Gold sesuai untuk semua jenis tanaman lanskap, bunga, sayur-sayuran, perladangan dan sebagainya.

OBJEKTIF
            Untuk membantu pengusaha-pengusaha ladang tanaman dan tidak terhad kepada pengusaha kebun bunga sahaja,malah Aima’s  Black Gold berfungsi membantu tanaman buah-buahan termasuklah kelapa,kelapa sawit, pisang dan lain-lain seperti padang ragut dan padang golf. Aima’s Black Gold bukan sahaja membantu untuk penyuburan tanaman, malah berfungsi untuk membantu pengusaha meningkatkan lagi produktiviti tanaman petani-petani dan menjimatkan kos kerana harga baja kimia yang kini telah naik akibat daripada kenaikan harga minyak mentah dunia. Selain daripada itu, penggunaan baja kimia secara terus menerus boleh mengakibatkan terjadinya kerosakan tanah daripada segi  fizik, kimia dan biologi tanah.Berlainan pula dengan  Aima’s Black Gold, ianya menjaga alam sekitar kerana terhasil daripada bahan semulajadi.

KEBAIKAN MENGGUNAKAN AIMA’S BLACK GOLD
            Baja organik adalah baja yang terhasil secara semulajadi daripada proses pereputan dimana proses pereputan tidak hanya terhad berlaku di kawasan ladang ataupun industri tetapi juga di kawasan rumah. Tetapi Aima’s Black Gold telah dihasilkan daripada tinja ( najis ) lembu dan kambing yang diternak di ladang Aima Agro Farm sendiri. Banyak kebaikan yang diperolehi daripada penggunaan Aima’s Black Gold:

  • Mengawal kelembapan (soil conditioner),struktur dan pH tanah serta kadar penyerapan nutrien.
  • Memperbaiki ekologi dan struktur tanah.
  • Meningkatkan pengudaraan dalam tanah.
  • Merencatkan pertumbuhan bakteria jahat (pathogen, parasit & phytotoxin) / penyakit / serangga.
  • Merawat bau (tidak berbau).
  • Menggalakkan pengakaran, pertumbuhan dan pembungaan (growth stimulant).
  • Menyahtoksik sisa racun rumpai dan racun serangga dalam tanah
  • Mesra alam tanpa kesan sampingan
  • Membekalkan unsur hara (nutrien) untuk pertumbuhan tanaman.
  • Bebas daripada benih rumput atau tanaman liar.
  • Mengurangkan serangan hama dan penyakit.

Kandungan yang terdapat dalam Aima’s Black Gold:

    • Moisture                    : 40 + 50
    • P2O5                        : 1.89%
    • CaO                         : 2.96%
    • C/N Ratio                 : 20:1 (max)
    • pH                           : 6.5-7.5
    • N                             : 1.81%
    • K2O                         : 1.96%
    • MgO                         : 0.70%
    • CEC                         : > 75 me/100g
    • Trace Element           : Available
    • Effective Microb         : Available

    KEBAIKAN AIMA’S BLACK GOLD YANG DIPERKAYAKAN DENGAN EFEKTIF MIKROB (EM)

               
    EM adalah kumpulan bakteria berfaedah yang digunakan untuk tujuan mengawal mikroflora persekitaran bagi memaksimumkan hasil tanaman, menghalang penyakit dengan merencatkan pertumbuhan bakteria tidak baik (patogen), meningkatkan kecekapan pengambilan bahan organik dan seterusnya meningkatkan biodiversiti mikrobiologi persekitaran
               

    Asid laktik       : Sebagai pendinding untuk menghalang mikrob jahat mengganggu tanah
    Yis                   : Mengeluarkan hormon dan enzim yang bertindak sebagai bahan  bioaktif untuk meningkatkan pengaktifan sel dan akar.
    Phototrophic   : Menguraikan gas yang merbahaya seperti ammonia dan hydrogen sulfide dan menukarkannya kepada gas-gas yang tidak berbau.

    Dalam struktur tanah,mikroorganisma yang akan mengawal dan menentukan tanah itu ke arah kebaikan(regeneration) ataupun keburukan (degeneration). Di mana tanah yang tidak elok ini boleh mengakibatkan ketidaksuburan, penyakit, pencemaran ataupun hakisan.

    Info lengkap sila download sini

     

     




 
 

 
 
 
 
    Copyright © Aima Agro Farm All rights reserved. Copyright © Khairul Anwar Mustafa